Tuesday, April 17, 2018

It's All About 2017 (Part II)


"Learn to enjoy every minute of your life. Be happy now. Don't wait for something outside of yourself to make you happy in the future. Think how really precious is the time you have to spend, whether it's at work or with your family. Every minute should be enjoyed and savored.."


Bismillah..

Sambungan half year review perjalanan seorang insan bernama SITI ZANARIAH BINTI SUHAIMI.

Alhamdulillah, satu keputusan yang amat berat telah dilakukan.

Memilih untuk membina legasi berbanding makan gaji..
Memilih untuk memiliki unlimited income berbanding fixed income..
Memilih kerjaya yang flexible berbanding kerjaya rutin..
Memilih untuk menjadi leader berbanding menjadi boss..



Dia adalah My Boss My Hero. Orang yang bertanggungjawab atas kejayaan saya. Yang sentiasa mendorong dan memberi semangat kepada saya untuk lebih focus dengan apa yang saya letakkan di dalam senarai 'BIG WHY'.


15 May 2017

Hari pertama saya attend training FIST 2.0 di AIA. Serap ilmu banyak-banyak dari tenaga pengajar dan juga otai-otai dalam industri Perundingan. 



Menamatkan FIST 2.0 yang berlangsung selama 4 harı dengan bergayanya. Menambahkan kenalan baru, pengalaman baru, dan sebuah PENGHARAPAN dan IMPIAN yang besar.



I Love Herbalife! Mulakan dengan sarapan yang berkhasiat. Sesiapa yang nak order, boleh roger saya ye.


1 Jun 2017 | KL Convention Centre
AIA Mid Year Congress 2017
Bersama salah seorang Speaker hebat dari Indonesia.



Yes, we did it! Bersama team KL Imtiyaz Ar Raudhah, di bawah pimpinan Saudara Mior, Unit Manager.



Team di bawah kepimpinan Mr Zeck



5 Jun 2017 | One South Sri Kembangan
My Very First Morning Meeting in Ar Raudhah Office. Cool!



7 Jun 2017 | The Ramp Cafe, MKBR
Mereka berdua ni antara my best buddy di Bank Rakyat, now dah jadi my valued client. Thank you girls~ 






14 - 16 Jun 2017 | Commit to Higher Altitude & Master Performance (CHAMP 2.0) Training Program

Masing-masing dengan Mission Board. Doakan kami berjaya menggapai impian dan matlamat kami. Memang mencabar training ni sebab, it's residential training, 4H3M. Training ni berlansung pada bulan puasa. Hari pertama dan kedua saje saya turun cafe untuk bersahur. Huhu.. The next two days, sedar2 dah azan Subuh. Ngeee~

Publish dulu, nanti saya samsung ye.. aci dak? aci laaaa...











Read More

Friday, April 06, 2018

It's All About 2017 (Part 1)


Imagination is the beginning of creation. You imagine what you desire, you will what you imagine and at last you create what you will. -George Bernard Shaw

Bismillah... 

Setelah setahun saya tidak menjenguk 'diari' saya ni. Last tulis pun Nov 2016. Ya Allah, nak mulakan balik penulisan ni rasa kekok sangat. Tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk menulis dan berkongsi serba sedikit berkaitan dengan 'life' saya dan juga saya harap penulisan ni akan menjadi rujukan atau bacaan santai kalian.

Banyak perkara berlaku sepanjang tahun 2017. Apabila disorotkan kembali, saya sangat bersyukur kerana betapa indahnya susunan perjalanan yang Allah aturkan untuk saya.


Pengakhiran 2016 - Saya menceburkan diri secara serius dalam bidang konsultansi kewangan. Tiada paksaan, yang ada adalah dorongan dan sokongan padu dari Mr Hearthrob (MH) dan juga rakan seperjuangan dalam industri ini. 




First time involve dalam business
Kenangan di Hotel Bangi-Putrajaya
31 Dec 2016 & 1 Jan 2017



Alhamdulillah, Allah menjemput saya dan MH ke rumahNya pada 20 Feb - 2 Mar 2017. Pertama kali menjejakkan kaki di Mekkah dan Madinah telah menghadirkan satu rasa yang sungguh istimewa.



Ni cheeky frens saya di Bank Rakyat ;P - Echa & Nana



Jamuan makan di Jabatan (29 Mac 2017). Actually Birthday Ecah. Love-Love-Love




Fire Drill @ Menara Kembar Bank Rakyat (31 Mac 2017)
Bersama kawan-kawan dari Sektor Modal Insan
Each, Nana, Azril, Sufir, Naz, Helmi, Kak Fida, Kak June, Kak Ruby
Love u all!~



Kenangan rajin join Running Event @ 1 April 2017_PPUKM RUN
Ni event yang keberapa tak sure



Human Capital Retreat 2017
8 - 10 April 2017
Best Western Genting Highland

Teringat slide En Farid (CHRO): 'Alur bertempuh, jalan berturut'. Siapa tahu apa maksudnya? Maksudnya: "Untuk mengikut jalan yang telah tersedia dan berjalan secara teratur. Ini mencerminkan semangat budaya Melayu yang pada dasarnya bermaksud melakukan sesuatu perkara yang sejajar dengan prinsip yang telah ditetapkan berdasarkan Nilai-nilai teras..."



Team awesome. Kalau tak salah nama team 'Cengkih', sebab nama kumpulan mestilah bertemakan herba.




Kursus AIMS 2.0 - 10 hingga 12 April 2017. The best training ever yang pernah saya join. Majority peseta AIMS 2.0 adalah peseta AIMS 1.0 yang dihadiri pada tahun 2016. Macam reunion lah lebih kurang. Trainer pun super best! En Umar, dari LHI Consulting. Sampai sekarang masih apply ilmu yang diberikan. And sampai sekarang 'geng' AIMS masih contact each other dalam group Whatsap. I love it!



Terbaik, Putu Buluh in da house~ minum petang dalam kelas training. Ditaja oleh salah seorang peserta training.




15-16 April 2017. Short Gateway with Love
Swiss Garden Damai Laut





16 April 2017
Menceburkan diri dalam bidang pertanian pulak. Jom melawat tapak
Kebun Sawit @ Slim River, Perak
Investing in Agriculture Industry. Cuba-jaya. Dengan doa supaya 'jaya' lah.



14 April 2017

Hari Jumaat yang penuh Barakah. Hari di mana saya menghantar surat perletakan jawatan sebagai Senior Executive Talent Management & Career Development, Human Capital Bank Rakyat. Ya, satu keputusan yang sangat berat. Lebih kurang 10 tahun dalam line HR. Minat dan jiwa saya sangat mendalam dalam bidang ni. Bermula dengan HR Admin di sebuah syarikat swasta, kemudian memberikan khidmat di AgroBank sebagai Executive Talent Management & Succession Planning. Di sini saya menuntut ilmu dengan CHRO En Hisham dan Head L&D Puan Zarina. Daripada generalist HR kepada Subject Matter Expert/ Specialist. Namun, belum sempat dua tahun genap, saya disunting oleh Bank Rakyat. Alhamdulillah, laluan kerjaya saya sangat indah~ 

Setelah hampir 5 tahun berkhidmat dengan BR, saya berkeputusan untuk menceburi bidang konsultansi, yang mana tidak pernah saya fikirkan sebelum ini. Saya bukan 'orang sales' atau 'manis mulut' tetapi saya ada satu misi lain... Lain kali saya kongsi ye.



Thanks to my immediate supervisor - Pn Hanita Hairudin (cantik berkurung hijau). Banyak ilmu dan skill yang dicurahkan kepada saya. Sangat berterima kasih kepada beliau kerana dengan ilmu dan tunjuk ajar beliau, saya mampu untuk terus berlari menuju cita-cita saya. 



2 May 2017. Beberapa minggu Sebelum saya last day..

First time - Shooting untuk AGM magazine. Kira macam jadi Talent lah. Tapi tak berbayar pun.. Tak sure ada publish ke tak sebab tak tengok pun majalah tu. Nampak macam senang kan, tapi berapa kali 'takes' juga lah baru jadi. Sama macam kehidupan kita, orang tak tahu berapa banyak 'takes' yang kita dah buat untuk berjaya. Sampai tak maksud saya? Eheh!



5-7 May 2017
Swiss Villa, SGIVC, Lumut
Family Day sempena meraikan Hari Lahir Ibu Mertua tersayang :) - Impian tercapai. Alhamdulillah.



Bahagi dua kumpulan. Kami berdua sebagai pihak penganjur tak join. 
Jadi juri saje.



Bruno Mars berbaju biru tu, chenta hati saya..



Main game. Highly recommended tempat ni. Sebab kami sewa dua unit villa (attached). Halaman sangat luas untuk beraktiviti.



Ni lah ibunda mertua.. Love-Love-Love~



Activity Pantai adalah satu kewajipan!



Peace!



Jalan-jalan di Pangkor Port, Lumut



WRAP! Everyone enjoy this short vacay
Ada rezeki boleh repeat lagi tahun ni




12 May 2017
My work station at Bank Rakyat
My Very Last Day with BR



Ni my best buddy kat BR! Alhamdulillah until now masih keep in touch. Thanks Sufir. From the day one you report duty, I know you will be one of the diamond in BR. Senang bawa berbincang, selalu memberikan komen-komen yang positive. Kadang-kadang merajuk sebab stress sgt. Mujur lah hakak dia ni terer nak handle! Hahaha.. Teruskan belajar, grab experience as much as u can. Gilap lagi talent yang ada dalam diri ye! Chaiyok...!




Thanks to Anem, Dell, Nana, Yang (sorry if I miss anyone's name)
Sedap cup cakes tu.

Sebak rasa bila packing barang. Barang tak banyak pun sekotak tu je. Sebab saya memang handle P&C Files, so saya dah settle hand over dalam masa sebulan (tempoh notice).



My immediate supervisor. Thanks Puan Hanita. It nice working here. Really enjoyed it. I am sorry to those people who feel disappointed with me. I want to stay longer but I can't. I have my BIG WHY. 


Thanks En Amir, Izz, Nurman, Sufir, Azril, Pali, Ijat, Razman, Nana & Ecah (dah pindah ke Sabah ke masa ni?). Tak lupa juga Shafa, Kak Izan, Kak Ina, Mede, Andy, Kak Azni, Kak Zila and all HR bosses. Maaf kalau ada nama yg missed. Will miss the jokes, laugh, tears, smiles and for sure all of u. Really.

I think this is the longest entry in my 'diary'. Half year punya review sedikit sebanyak berkongsi perjalanan seorang insan bernama SITI ZANARIAH BINTI SUHAIMI.

Maaf andai tersalah kata dan tersalah laku..

Semoga Allah merahmati kita semua..

Amin..
Read More

Tuesday, November 22, 2016

Trip ke Vietnam - 19 - 21 Ogos 2016 : DAY 3

21 Ogos 2016 - Bye Bye Vietnam.. Till we meet again ya!


Rasa sekejap sangat ada kat Vietnam. Hehe. Bunyi macam tak puas shopping lagi.. Memandangkan flight kami jam 1.30 PM, ada masa lagi nak round-round sekitar bandar HCM. Mujur ada superhero yang tolong bawakan beg. Love you so much! No bilik 307! Ada significant value sebab date 30 Julai adalah date yang sangat bermakna.

Kitorang check out tepat kul 9.00 am. Make sure korang jangan lupa ambil balik passport ye. 



Tudia beg-beg yang nak kena bawa sejauh 600 meter. Hehehe..




Wefie dulu~ Jalan slow-slow sampailah ke Bus Stand depan Ben Thant Market. Masa ada sikit lagi, so masuk pasar balik usya2 Ray Ban. Finally, dapat jugak MR Handsome sorang ni beli Ray Ban Diamond Hard. Harga boleh tahan lah. Murah sikit daripada harga di Malaysia. Cool~



Ni lah rupa Bus Stand tu. Nampak kat depan tu? Bangunan tu macam Bangunan Menara Rebung TM kan? Make sure korang naik bas yang betul tau. Untuk ke Airport, kena beratur line yang diseberang sana. Disebabkan kami bawa beg macam banyak kan, so kena charge untuk 3 seat (5000Dong x 3). Tapi still berbaloi kan. Penat sikit takpe, buat kata MH, "Barulah adventure!" :)

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sampai di airport, kami terus beratur untuk masuk bahagian Departure..

Sementara menunggu untuk terbang, perut pun lapar. Mujur bawa bekalan secukupnya. Roti dah disapu tuna siap-siap, dengan air kopi ais Vietnam yang dah siap-siap bancuh semalam dan bekukan. Wallah! Sedap weih..



Untunglah orang tu.... Dapat Ray Ban.



Biarkan dia selfie puas-puas. Kui kui kui~



Flight delay 15 minit. Mari kita berhuhu..


HELLO MALAYSIA! Alhamdulillah, selamat mendarat setelah lebih kurang dua jam di udara.

InsyaAllah, ada rezeki kami akan kembali lagi untuk jalan-jalan pulak. Sape nak join kami next year? Bagi tau awal2, senang nak plan. :)

Bereh! Daa...
Read More