Sunday, January 02, 2011

Ekspedisi Gunung Belumut

Salam... Cepat je masa berlalu dah 2 Januari 2011. Esok dah bermula sesi perkuliahan. Alhamdulillah, saat2 kepeningan dan kecemasan sepanjang tiga sem lepas berlalu dengan penuh memori manis, pahit, masam dan macam2 lah.. Sem terakhir ni juga yang bakal menentukan Anna layak atau tidak menjadi seorang kaunselor. Berdebar, gelisah, semua perasaan bercampur baur. Doakan Anna berjaya menghadapi segalanya dengan baik..

So, before memulakan perkuliahan dan praktikal esok, Anna dan kawan2 merancang ekspedisi Gunung Belumut.. Wahhh.. dah lama kot tak mendaki Gunung.. Diulangi, mendaki.. Mendaki OK!.. Fuhh.. tinggi jugak Gunung Belumut ni. Terletak di Kluang, Johor yang mana kawasan persekitaran dikelilingi dengan penanaman kelapa sawit. Jalan nak masuk sangat la jauh.. 

So, dengan bekal koey teow goreng selera kelantan dan juga jejemput bawang, kami memulakan ekspedisi. Berdoa supaya tidak hujan. Hati ni girang sebab menikmati kecantikan alam flora dan fauna. Bunyi unggas kedengaran dengan jelas. 

Kami sampai di kaki gunung (Hutan Lipur Gunung Belumut) lebih kurang jam 10 pagi. Wahhh.. sejukkkk.. tak sabarnya nak mandi... Opsss! Mandi??? Hahah.. tadi cakap ekspedisi mendaki... Hehehhe.. Gurau jek. Mana la larat nak mendaki tanpa ada training. Kami ke sini nak bersantai je, bermandi-manda... Air terjun sangat sejuk dan jernih. Before terjun, kami makan dulu bekalan yg dibawa. Mata dok jeling2 air dah.. Heheheh...

Kebetulan masa sampai tu masih belum ramai pengunjung. So, pilih port terbaik lah. Jom intai kami mandi.. Ala-ala puteri Gunung Belumut gitew~ hihi..

Wajib bergambar before memulakan 'ekspedisi'... hihi


Air sejukkkkk sangat! Credit to camera girl: Ayu



Itu sajalah coretan untuk hari ini. Bagi sesiapa yg belum pernah ke Gunung Belumut, silalah ke sana.. Cuma nak bgtau la pengurusan facilities agak mengecewakan. Toiletnya tidak dijaga dengan baik. Susah tau.. huhu..

Ok lah, stop sini dulu.. Pen off~


3 comments:

CIK TOM said...

wah bestnye pergi ekspedisi...

sori lm xjenguk sini sbb lepas buat domain hilang url blog kt bloglist..

annazanariah said...

cik tom... rindunyeeeeee... anna lak lama tak jenjalan kat blog kwn2 sebab agak bz dgn urusan lain... sorry dear..

Padin said...

chaittt ingatkan mendaki kihkih