Monday, November 21, 2016

Trip ke Vietnam - 19 - 21 Ogos 2016 : DAY 2

It's DAY 2!!


Jom jalan-jalan sekitar HCM. Sambil jalan, kita tengok dan belajar. Kehidupan orang Vietnam banyak bergantung kepada perniagaan. Ada berniaga kecil-kecilan, sampailah ke perniagaan besar. Ada yang berniaga di tepi jalan, ada yang berniaga di dalam Mall, sejuk beraircond. 


Kalau korang nak tahu, boleh dikatakan setiap sudut tempat ada Tourist Police. Nampak tak kat belakang tu? Dan diorang ni sangat helpfull, cumanya kemahiran berbahasa Inggeris kureng sikit. Kalau tanya direction tu, confident je dia bgtau, tapi dalam Bahasa Vietnam lah. Pandai-pandailah fahamkan ye.


Ni antara Mall yang besar di tengah-tengah HCM. Harga barang-barang tak jauh beza sangat dengan harga di Malaysia. Sebab Branded kan. 


Mall ni terletak bersebelahan dengan Saigon Centre Mall. Boleh lah cuci-cuci mata kan..



Korang boleh nampak orang-orang Vietnam ni sangat kreatif tau. Macam-macam diorang boleh bawa guna motor. Ni contohnya. Bawa peti sejuk!!




OK, kalau korang kekurangan cash money, boleh cari Sun Wah Tower ni. Ada ATM Maybank. Tapi sebelum tu, korang kena activate dulu pengeluaran di luar negara. Guna Maybank2u je. Ada charge sikit lah. Kedai-kedai di Vietnam ni tak banyak yang guna terminal kad kredit.


Dah penat jalan, singgah minum jap di Restoran Hajah Basiroh di Lorong 1Malaysia. Kat sini majoriti orang Malaysia! Hehehe. Tapi harga makanan dan minuman, sendiri mau ingat lah ye. Twister botol kecik ni pun dah RM4.50. 


Ni signature Vietnam! Vietnam Roll. Superb.. Sedap sangat. Rasa tu tak strong sgt, tapi fresh. Kesegaran bahan-bahan sebagai inti tu di balut dengan Paper Rice. Korang patut cuba!


So, dah dapat survey kedai-kedai sekitar Ban Thant. Memang murah. Kalau beli pukal, lagi lahhhh murah. Kaki pun dah letih. Jom balik hotel dulu rest and lunch.

Pas maghrib kami keluar semula ke Pasar Malam shopping lagi. Banyak lagi list kiriman dari Malaysia.

Antara barang hasil tangkapan malam ni:
Sutera Vietnam
Bokitta
Shawl
Pasu dari Buluh
TShirt
Fridge Magnet
Telekung
Kopi
Baju Siap Jahit

Tak boleh sangat nak beli banyak-banyak, sebab nanti terlebih muatan pulak! Kalau ikutkan nak shopping lagi :)

Malam ni pack barang siap-siap. Esok dah nak balik. Tengah memikir, macam mana nak ke bus stand kat Ben Thant tu dengan bawa barang-barang dan beg berat. Hmm.. 

Ok lah. esok sambung lagi.. daaa...








0 comments: